Sunday, March 28, 2010

PANDUAN MEMILIH INSURAN DAN TAKAFUL


Islam merupakan “ad-din” yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Ianya menggabungkan di antara aspek kehidupan di dunia dan di akhirat dalam satu ikatan yang erat dan bersepadu. Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, adalah menjadi lumrah bagi setiap manusia tidak suka apabila ditimpa kecelakaan, musibbah, kehilangan sesuatu yang berharga, malapetaka dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya lumrah manusia suka dan cintakan keamanan, kesejahteraan, dan kebahagiaan. Sesuai dengan lumrah semulajadi ini, manusia memerlukan kepada sesuatu bentuk jaminan sosial yang membantu meringankan beban yang di tanggung.

Oleh yang demikian, kami di Takaful Ikhlas sedia membantu tuan/puan dalam memberi nasihat atau perkhidmatan tentang simpanan masa hadapan anda yang lebih terjamin.

Sudahkah tuan/puan menyediakan keewangan yang cukup untuk keluarga tuan/puan bagi menghadapi ranjau dalam kehidupan yang semakin hari semakin mencabar kuasa keewangan tuan/puan? Oleh itu Takaful ikhlas ada menyediakan pelan Ikhlas Saving Takaful (IST) yang mana tuan/puan boleh menyimpan mengikut kemampuan untuk jangka masa tertentu mengikut persetujuan tuan/puan. Didalam pelan IST ini, tuan/puan akan menikmati perlindungan sekiranya berlaku malapetaka atau musibbah keatas diri tuan/puan seperti 40 jenis penyakit kritikal, kemalangan, kematian, dan tidak lupa juga pelepasan cukai untuk individu sekiranya memiliki polisi insuran/takaful.

Untuk perancangan pendidikan anak-anak tuan/puan pula kami di Takaful Ikhlas menyediakan pelan Ikhlas Education Takaful (IET) yang mana tuan/puan sebagai pencadang bagi anak-anak tuan/puan. Sekiranya berlaku apa-apa musibbah keatas tuan/puan sebelum tempoh matang pelan tersebut seperti keilatan kekal atau kematian, tuan/puan tidak perlu lagi menyimpan kedalam pelan tersebut sehingga pelan tersebut matang kerana ianya dilindungi oleh perlindungan tambahan iaitu “Payor Saving”. Sekiranya anak-anak tuan/puan ditimpa musibbah, anak-anak tuan/puan juga turut dilindungi oleh pelan IET ini.

Tuan/puan yang dihormati dan dikasihi, kita sekarang perlulah sedar bertapa pentingnya pelan Takaful untuk DIRI, ANAK-ANAK, dan juga KELUARGA. Ianya hanya dalam bentuk simpanan tetapi simpanan yang mempunyai perlindungan dalam masa yang sama......

Sekiranya tuan/puan sudah membuat pilihan yang BIJAK! Hubungilah saya, dan saya insya’allah sedia memenuhi pilihan bijak tuan/puan.

Note:

Sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan lanjut sila emelkan kepada saya atau hubungi saya.

Sekian terima kasih.
Mohd Shukrie bin Omar.
012 – 719 2904

Saturday, March 20, 2010

Takaful IKHLAS Lancar Pejabat Korporat barunya –“IKHLAS Point” Benilai RM87 Juta

Takaful IKHLAS Lancar Pejabat Korporat barunya –“IKHLAS Point” Benilai RM87 Juta
1 Mar 2010


Kuala Lumpur, 1 Mac 2010 – Takaful IKHLAS Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) syarikat penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan berlandaskan Syariah hari ini dengan rasminya melancarkan ‘IKHLAS Point’, bangunan ibu pejabat korporat barunya. IKHLAS Point yang terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur yang membabitkan pelaburan sebanyak RM87 juta ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.


Turut hadir pada majlis perasmian yang diadakan di IKHLAS Point adalah Pengerusi, Takaful IKHLAS, Encik Sharkawi bin Alis dan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Presiden Takaful IKHLAS, Dato Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman.


Bangunan IKHLAS Point ini menandakan satu era baru bagi Takaful IKHLAS dalam usaha Syarikat untuk meningkatkan komitmen bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti kepada para ejen, wakil franchisor, pengedar-pengedar dan pelanggan kami secara lebih efektif. Ianya juga dapat menambahkan lagi keyakinan masyarakat Malaysia terhadap produk-produk perlindungan Takaful IKHLAS yang berasaskan Syariah.


Pembelian hartanah ini juga adalah untuk mengukuhkan lagi kehadiran serta kedudukan Takaful IHKLAS di dalam industri takaful dan ianya adalah selaras dengan visi Syarikat memandang ke hadapan. Dua buah menara pejabat yang berukuran 99,286 persegi ini juga telah diubah suai dengan menelan kos sebanyak RM10 juta.


Bangsar South adalah kawasan pembangunan bercampur kosmopolitan yang menggabungkan kawasan kediaman mewah dan moden, premis perniagaan dan ruang pejabat bertaraf antarabangsa. Bangunan IKHLAS Point pula mempunyai seni bina ultra moden yang lengkap dengan rangkaian komunikasi, sistem keselamatan dan pelbagai kemudahan lain untuk para pekerja dan pelanggan Takaful IKHLAS. Bangunan serta persekitarannya berkonsepkan hijau menggunakan material tahap paling optimum agar setiap pelanggan terutamanya pekerja Syarikat dapat merasakan suasana yang menenangkan apabila berkerja.


Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.


Takaful IKHLAS yang telah pun mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah; Kuching, Sarawak; Melaka, Kota Kinabalu, Sabah; Kuantan, Pahang; Ipoh, Perak dan Putrajaya.

Waris Pesakit Kanser Terima Lebih RM411,000 Daripada Takaful IKHLAS

Waris Pesakit Kanser Terima Lebih RM411,000 Daripada Takaful IKHLAS
12 Jun 2009

PETALING JAYA, 11 Jun (Bernama)-- Nor Rashidah Salleh, yang meninggal dunia akibat kanser pada Oktober tahun lalu, mengambil langkah yang tepat apabila menyertai pelan perlindungan takaful pada 2007.

Syarikat penyedia skim takaful kematian yang disertai Allahyarham, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS), baru-baru ini menyerahkan bayaran tuntutan sebanyak RM411,409.49 kepada keluarga Allahyarham.

Pembayaran itu diterima waris Allahyarham, Mohd Razib Ali, 50.

Konsep takaful adalah ibarat pepatah 'sediakan payung sebelum hujan' iaitu membuat persiapan menghadapi masa depan yang belum tentu, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam satu kenyataan hari ini.

"Memang tidak dinafikan kasih ibu tiada penggantinya, namun sijil yang diambil Allahyarham diharap mampu memberi manfaat serta faedah ketika ditimpa musibah," kata Syed Moheeb.

Pelan takaful yang disertai Allahyarham dua tahun lepas itu merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang diagihkan kepada peserta.

Mohd Razib berkata beliau akan memanfaatkan wang tuntutan ini untuk menampung pendidikan anak-anaknya.

-- BERNAMA