Saturday, March 20, 2010

Takaful IKHLAS Lancar Pejabat Korporat barunya –“IKHLAS Point” Benilai RM87 Juta

Takaful IKHLAS Lancar Pejabat Korporat barunya –“IKHLAS Point” Benilai RM87 Juta
1 Mar 2010


Kuala Lumpur, 1 Mac 2010 – Takaful IKHLAS Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) syarikat penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan berlandaskan Syariah hari ini dengan rasminya melancarkan ‘IKHLAS Point’, bangunan ibu pejabat korporat barunya. IKHLAS Point yang terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur yang membabitkan pelaburan sebanyak RM87 juta ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.


Turut hadir pada majlis perasmian yang diadakan di IKHLAS Point adalah Pengerusi, Takaful IKHLAS, Encik Sharkawi bin Alis dan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Presiden Takaful IKHLAS, Dato Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman.


Bangunan IKHLAS Point ini menandakan satu era baru bagi Takaful IKHLAS dalam usaha Syarikat untuk meningkatkan komitmen bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti kepada para ejen, wakil franchisor, pengedar-pengedar dan pelanggan kami secara lebih efektif. Ianya juga dapat menambahkan lagi keyakinan masyarakat Malaysia terhadap produk-produk perlindungan Takaful IKHLAS yang berasaskan Syariah.


Pembelian hartanah ini juga adalah untuk mengukuhkan lagi kehadiran serta kedudukan Takaful IHKLAS di dalam industri takaful dan ianya adalah selaras dengan visi Syarikat memandang ke hadapan. Dua buah menara pejabat yang berukuran 99,286 persegi ini juga telah diubah suai dengan menelan kos sebanyak RM10 juta.


Bangsar South adalah kawasan pembangunan bercampur kosmopolitan yang menggabungkan kawasan kediaman mewah dan moden, premis perniagaan dan ruang pejabat bertaraf antarabangsa. Bangunan IKHLAS Point pula mempunyai seni bina ultra moden yang lengkap dengan rangkaian komunikasi, sistem keselamatan dan pelbagai kemudahan lain untuk para pekerja dan pelanggan Takaful IKHLAS. Bangunan serta persekitarannya berkonsepkan hijau menggunakan material tahap paling optimum agar setiap pelanggan terutamanya pekerja Syarikat dapat merasakan suasana yang menenangkan apabila berkerja.


Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.


Takaful IKHLAS yang telah pun mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah; Kuching, Sarawak; Melaka, Kota Kinabalu, Sabah; Kuantan, Pahang; Ipoh, Perak dan Putrajaya.

0 ulasan:

Post a Comment