Friday, October 29, 2010

Bila pesakit tidak dilindungi insurans

KESIHATAN
Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN

KOS rawatan penyakit kronik dapat dikurangkan jika pesakit membeli polisi insurans khusus untuk tujuan itu.


POLISI insurans kesihatan bukan untuk dibeli oleh individu yang sedang menghidap penyakit kritikal seperti sakit jantung dan strok. Sebaliknya hanya orang yang sihat boleh mengambilnya dengan andaian mereka mungkin mendapat penyakit itu pada masa akan datang. “Kos rawatan untuk penyakit kritikal adalah tinggi. Jika tiba-tiba seseorang itu disahkan menghidapnya, polisi insurans kesihatan yang ada boleh membantu mengurangkan beban kewangan pesakit,” kata ejen insurans American International Assurance Berhad (AIA), Anis Nuriman.

Bagaimanapun, perlindungan perubatan tidak diberikan kepada mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal sebelum satu-satu polisi insurans kesihatan itu dibeli. Hakikat ini diakui kebanyakan syarikat insurans. “Pelanggan tidak dihalang sepenuhnya daripada membeli polisi insurans perubatan. Namun, polisi yang ditawarkan untuk pesakit kronik itu melibatkan bayaran premium yang tinggi. “Ia sudah tentu membebankan pelanggan sedangkan polisi itu tetap tidak meliputi perlindungan terhadap penyakit kritikal yang sedia dihidapi. “Jadi pada kebanyakan masa, pesakit kanser atau kencing manis tidak membeli polisi itu,” dedah Anis.

Ejen insurans Prudential BSN Takaful Berhad, Rosli Ahmad, pula menambah penghidap penyakit kritikal hanya dapat ditawarkan polisi insurans hayat atau kemalangan.“Jika mereka mahu membeli insurans perubatan juga, polisi yang ditawarkan akan mengecualikan penyakit kritikal sedia ada atau penyakit kritikal lain yang terjadi disebabkan penyakit kritikal tadi.

Kanser

“Memang malang bagi mereka kerana tidak dilindungi insurans untuk penyakit yang dihidapi tetapi itulah konsep insurans kesihatan,” ujarnya. Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA) Malaysia, Ranjit Kaur, merasakan amalan polisi insurans tersebut satu diskriminasi. “Kami (pesakit kanser) masih hidup dan sepatutnya boleh membelinya. Malah, ramai penghidap kanser lebih sihat berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit kritikal. “Keadaan ini tidak wajar berlaku. Perlindungan insurans kesihatan harus diberikan kepada mereka yang memerlukan,” tegas Ranjit.

Merujuk statistik kanser di Malaysia, kata Ranjit, setiap seorang daripada empat orang berkemungkinan diserang kanser setiap tahun.“Adakah mereka mengatakan tidak kepada 25 peratus rakyat Malaysia hanya kerana kami ada kanser?” tanya Ranjit. Tambah beliau, faktor itu jugalah yang membuatkan penghidap kanser berasa amat takut sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit itu. “Sudahlah kami terpaksa berdepan dengan penyakit kritikal, kami juga mesti memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi menanggung kos perubatan,” bidas Ranjit yang menyifatkan itulah salah satu punca pesakit kanser payu dara gagal diselamatkan.

Menurut Ranjit, ada juga antara penghidap kanser payu dara yang ditamatkan polisi insuransnya setelah disahkan menghidap penyakit itu.“Selepas membayar kos perubatan pertama untuk kanser yang dihidapi, syarikat insurans tersebut bertindak menamatkan polisi yang selama ini dibayar wanita tersebut.“Macam mana boleh jadi begini? Jika benar wanita itu tersalah membeli polisi, sepatutnya dia didedahkan tentang polisi yang tepat untuk keperluannya,” ujar Ranjit.

Keadaan berbeza adalah di Washington, Amerika Syarikat. Sebuah pelan insurans untuk penghidap penyakit kritikal sedia ada sudah diwujudkan oleh kerajaan negeri sejak Mac 2010. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada penghidap penyakit kritikal mendapatkan perlindungan kesihatan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2014 iaitu sebelum sektor kesihatan tempatan diubah sepenuhnya. Tindakan itu dilihat sebagai satu perubahan yang baik untuk sektor kesihatan dalam usaha mengurangkan bilangan rakyat Amerika yang sakit.

KOSMO
29 October 2010

Wednesday, October 20, 2010

40 Penyakit Kritikal : Serangan Sakit Jantung

2. SERANGAN SAKIT JANTUNG

Kematian sebahagian dari otot jantung (myocardium) disebabkan oleh ketidakcukupan bekalan darah dan dibuktikan melalui:
(a) Sejarah berlakunya sakit dada berpanjangan yang tipikal;
(b) Perubahan-perubahan baru yang di tunjukkan melalui elektrokardiograf;
(c) Kenaikan enzim kardiak (CK-MB) melebihi kadar normal yang biasanya digunapakai oleh kebanyakkan makmal.

Diagnosis berdasarkan kenaikan ujian Troponin T sahaja tidak di anggap sebagai pengesahan serangan jantung. Sakit dada (angina) adalah di kecualikan.

40 Penyakit Kritikal : ANGIN AHMAR / STROKE

Pernahkah anda dengar, “encik, sekiranya encik ambil pelan ini, encik akan dilindungi 40 penyakit kritikal”. Tapi adakah anda tahu apakah 40 jenis penyakit kritikal itu. Anda juga harus tahu sejauh manakah tahap seriusnya penyakit kritikal itu yang melayakan anda menerima wang pampasan daripada syarikat insuran/takaful. Ini penting untuk mengelakan salah faham sesetengah orang terhadap syarikat insuran/takaful.


Disini saya akan cuba membantu anda memahami apakah 40 penyakit kritikal itu, dan di tahap manakah melayakan anda menerima wang pampasan. Untuk permulaan saya akan menerangkan secara berperingkat-peringkat. Saya mulakan dengan penyakit ANGIN AHMAR/STROKE.

1. ANGIN AHMAR/STROKE

Di takrifkan sebagai kecederaan pembuluh darah pada otak atau pun insiden yang mengakibatkan masalah sistem saraf yang berkekalan, di mana ianya berlanjutan tidak kurang dari (6) bulan.


Kematian sel tisu otak, pendarahan dan emboli berpunca daripada sumber dari luar kawasan tengkorak kepala adalah termasuk di dalam definasi ini.

Diagnosis mestilah berasaskan kepada perubahan-perubahan yang dilihat pada imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar Neurologi.

Monday, October 18, 2010

Majlis Menandatangani MOU Pas Pahang Dengan Takaful IKHLAS Sdn. Bhd.


Lebih Afdal Sertai Insurans Takaful