Friday, January 14, 2011
Tuesday, December 28, 2010
40 Penyakit Kritikal : Penggantian Injap Jantung / Heart Valve Replacement
5. Penggantian Injap Jantung / Heart Valve Replacement
•Bermaksud menjalani pembedahan secara sebenarnya melalui pembedahan dada terbuka bagi menggantikan atau membaiki injap jantung yang rosak akibat dari kecacatan injap jantung atau injap yg menjadi abnormal selepas dari tarikh kuatkuasa atau penguatkuasaan semula kontrak ini.
•Sebarang pembaikan secara valvatomi prosedur melalui artri, pembedahan “lubang kunci” atau teknik2 lain yang bersamaan adalah dikecualikan.
40 Penyakit Kritikal : Lain-lain Penyakit Arteri Koronari yang Serius / Other serious Coronary Artery Disease
4. Lain-lain Penyakit Arteri Koronari Yang Serius / Other serious Coronary Artery Disease
•Pengecilan saluran pembuluh darah ke atas sekurang-kurangnya 3 arteri yang utama iaitu Arteri Circumflex, Arteri Koronari kanan dan Arteri Left Anterior Descending dengan pengecilan sekurang-kurangnya enam puluh peratus (60%) atau lebih seperti yang di buktikan secara kajian saluran darah koronari (coronary angiography).
• Manfaat ini adalah boleh dibayar tanpa mengambil kira sebarang pembedahan arteri koronari telah dilakukan atau tidak.
40 Penyakit Kritikal : ANGIN AHMAR / STROKE
3. PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN / Coronary Artery Disease Requiring Surgery
Merujuk kepada pembedahan secara pintasan arteri Koronari melalui pembukaan di bahagian thoraks (dada) bagi membetulkan atau
merawat arteri koronari yang berpenyakit tetapi tidak termasuk di dalam konteks ini adalah angioplasty, atau lain-lain prosidur melalui intra-arteri, “lubang kunci” atau laser.
Monday, December 13, 2010
Saturday, December 11, 2010
Wednesday, December 8, 2010
Apesal tak boleh ambil package education pulak!
Soalan dari En. Syam
Terima kasih Encik Syam kerana sudi bertanya. Soalan ini saya ambil dari ruangan C-Box di blog saya.
Soalan En. Syam
“kanak-kanak umur 13 tahun nak amik package ape? Education kanak2 12 thun kebwah je bleh masuk”
Jawapan
Betul kata En. Syam, memang beliau tidak boleh ambil package education untuk anaknya. Mengapa?
- Anak beliau sudah berumur 13 tahun. Package education adalah untuk mereka yang berumur 12 tahun kebawah sahaja.
- Dalam kes seperti ini, saya cadangkan beliau ambil package Ikhlas Saving Takaful (IST).
Tips:
- Untuk ambil pakage education ini, sebaik-baiknya selepas anak itu dilahirkan. Mengapa? Sebab apabila polisi matang pada umurnya 18 hingga 23 tahun, ianya bertepatan dengan usia mereka untuk melanjutkan pelajaran.
- Simpanan yang melebihi 20 tahun keatas akan memberikan pulangan yang lebih tinggi.
- Anda boleh jadikan package ini sebagai batu loncatan kepada anak-anak. Dimana package ini menawarkan RM 100 = 1A untuk peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM.
Contoh “ long, mak bagi RM 100 untuk setiap A yang long dapat exam SPM tahun ni” Agaknyelah ape perasaan anak anda waktu itu. “1A = RM100, kalau 11A = RM 1100, banyak tu mak.”
Sedikit sebanyak ianya dapat dijadikan batu loncatan untuk anak-anak berusaha. Disamping itu anak-anak dapat perlindungan takaful dan dalam masa yang sama simpanan untuk mereka melanjutkan pelajaran.
Tuesday, December 7, 2010
Apelah Sangat RM 3.33 Sehari
click pada gambar untuk enlarge
Sungguh besar nilai RM 3.33 sehari jika anda simpan di Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Tuesday, November 30, 2010
Kini semua orang mampu menunaikan ibadah haji
Setiap diri orang yang beragama islam pasti menyimpan niat untuk menjejakan kaki ke tanah suci mekah. Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu menunaikan rukun islam yang ke lima. Sebagai umat islam kita wajib menunaikan fardu haji sekiranya mampu.
Bila disentuh perkara mampu ini, anda mungkin merasakan diri anda tergolong didalam golongan orang tidak mampu ini. Tapi benarkah anda tidak mampu? Jika benarpun anda tidak mampu, tidakah anda mahu lakukan satu tindakan supaya anda mampu dimasa hadapan. Ataupun....anda selesa dengan alasan "saya tidak mampu" hingga 10 atau 20 tahun akan datang tanpa berbuat apa-apa pada hari ini.
Batu hajarul aswad batu dari syurga
Pelan Istimewa "Ikhlas Hajj Saving Takaful"
Pelan Ikhlas Hajj Saving Takaful merupakan pelan pelaburan untuk menunaikan haji. Ianya juga memberikan perlindungan takaful sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD), serta penyakit kritikal.
Had Umur Kemasukan
Had umur kemasukan adalah 30 hari sehingga 60 tahun.
Tempoh Perlindungan
Tempoh perlindungan adalah 5, 10, 15, 20, 25 tahun. Ini bermaksud anda boleh memilih samada hendak menyimpan selama 5 tahun, 10 tahun, dan seterusnya seperti diatas.
Jumlah Perlindungan
Ianya terdiri daripada empat pilihan. Pilihan pertama Rm20K, kedua Rm30K, ketiga Rm40K, dan keempat 50K.
Tempoh Matang
Tempoh minimum adalah 20 tahun dan maksimum adalah 65 tahun.
Khairat Kematian
Pihak Takaful Ikhlas akan memberikan Rm2000 untuk urusan penkebumian dalam masa 24jam.
Manfaat Penyakit Kritikal
Pihak Takaful Ikhlas akan memberikan Rm10k sekiranya anda terkena salah satu dari 40 penyakit kritikal.
Manfaat Badal Haji
Pihak Takaful Ikhlas akan melaksanakan badal haji bagi pihak peserta sekiranya peserta telah meninggal dunia sebelum sempat menunaikan ibadah haji.