Wednesday, December 8, 2010

Apesal tak boleh ambil package education pulak!


Soalan dari En. Syam

Terima kasih Encik Syam kerana sudi bertanya. Soalan ini saya ambil dari ruangan C-Box di blog saya.

Soalan En. Syam

“kanak-kanak umur 13 tahun nak amik package ape? Education kanak2 12 thun kebwah je bleh masuk”

Jawapan

Betul kata En. Syam, memang beliau tidak boleh ambil package education untuk anaknya. Mengapa?

  1. Anak beliau sudah berumur 13 tahun. Package education adalah untuk mereka yang berumur 12 tahun kebawah sahaja.
  2. Dalam kes seperti ini, saya cadangkan beliau ambil package Ikhlas Saving Takaful (IST).

Tips:

  1. Untuk ambil pakage education ini, sebaik-baiknya selepas anak itu dilahirkan. Mengapa? Sebab apabila polisi matang pada umurnya 18 hingga 23 tahun, ianya bertepatan dengan usia mereka untuk melanjutkan pelajaran.
  2. Simpanan yang melebihi 20 tahun keatas akan memberikan pulangan yang lebih tinggi.
  3. Anda boleh jadikan package ini sebagai batu loncatan kepada anak-anak. Dimana package ini menawarkan RM 100 = 1A untuk peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM.

Contoh “ long, mak bagi RM 100 untuk setiap A yang long dapat exam SPM tahun ni” Agaknyelah ape perasaan anak anda waktu itu. “1A = RM100, kalau 11A = RM 1100, banyak tu mak.”

Sedikit sebanyak ianya dapat dijadikan batu loncatan untuk anak-anak berusaha. Disamping itu anak-anak dapat perlindungan takaful dan dalam masa yang sama simpanan untuk mereka melanjutkan pelajaran.




0 ulasan:

Post a Comment