Tuesday, November 30, 2010

Kini semua orang mampu menunaikan ibadah haji

Setiap diri orang yang beragama islam pasti menyimpan niat untuk menjejakan kaki ke tanah suci mekah. Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu menunaikan rukun islam yang ke lima. Sebagai umat islam kita wajib menunaikan fardu haji sekiranya mampu.

Bila disentuh perkara mampu ini, anda mungkin merasakan diri anda tergolong didalam golongan orang tidak mampu ini. Tapi benarkah anda tidak mampu? Jika benarpun anda tidak mampu, tidakah anda mahu lakukan satu tindakan supaya anda mampu dimasa hadapan. Ataupun....anda selesa dengan alasan "saya tidak mampu" hingga 10 atau 20 tahun akan datang tanpa berbuat apa-apa pada hari ini.

Batu hajarul aswad batu dari syurga

Pelan Istimewa "Ikhlas Hajj Saving Takaful"
Pelan Ikhlas Hajj Saving Takaful merupakan pelan pelaburan untuk menunaikan haji. Ianya juga memberikan perlindungan takaful sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD), serta penyakit kritikal.


Had Umur Kemasukan
Had umur kemasukan adalah 30 hari sehingga 60 tahun.

Tempoh Perlindungan
Tempoh perlindungan adalah 5, 10, 15, 20, 25 tahun. Ini bermaksud anda boleh memilih samada hendak menyimpan selama 5 tahun, 10 tahun, dan seterusnya seperti diatas.

Jumlah Perlindungan
Ianya terdiri daripada empat pilihan. Pilihan pertama Rm20K, kedua Rm30K, ketiga Rm40K, dan keempat 50K.

Tempoh Matang
Tempoh minimum adalah 20 tahun dan maksimum adalah 65 tahun.

Khairat Kematian
Pihak Takaful Ikhlas akan memberikan Rm2000 untuk urusan penkebumian dalam masa 24jam.

Manfaat Penyakit Kritikal
Pihak Takaful Ikhlas akan memberikan Rm10k sekiranya anda terkena salah satu dari 40 penyakit kritikal.

Manfaat Badal Haji
Pihak Takaful Ikhlas akan melaksanakan badal haji bagi pihak peserta sekiranya peserta telah meninggal dunia sebelum sempat menunaikan ibadah haji.

Friday, November 19, 2010

Pentingnya! Kad Pengenalan

Sepertimana yang anda semua maklum, kad pengenalan amatlah penting untuk kita. Banyak butir-butir peribadi kita disimpan didalam kad pengenalan tersebut. Pertamanya adalah nombor kad pengenalan kita sendiri. Keduanya status kita sebagai warganegara ataupun tidak. Cop ibu jari kedua-dua tangan kita juga disimpan didalamnya. Alamat kita juga ada disitu. Jadi, terbuktilah ianya sangat penting kepada kita. Oleh sebab ianya penting! jadi kita haruslah menjaganya dengan sebaik yang mungkin. Banyak urusan pada masa kini memerlukan nombor kad pengenalan sebagai nombor rujukan. Ianya memudahkan untuk kita berurusan.

Di Takaful Ikhlas kami juga memerlukan salinan kad pengenalan sekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan insuran/takaful daripada syarikat kami. Ianya adalah untuk memastikan nama dan tarikh lahir adalah sama dengan borang yang telah anda isikan di dalam borang. Ini adalah penting untuk proses tuntutan manfaat serahan apabila polisi anda sudah matang. Satu lagi langkah penting untuk menjaga kad pengenalan kita adalah dengan melakukan seperti dibawah ini...


Adalah menjadi kemestian kepada saya untuk lakukan seperti diatas untuk menjaga keselamatan pelanggan saya.

Pastikan anda lakukan seperti diatas jika urusan tersebut memerlukan salinan kad pengenalan anda. Adalah menjadi kemestian kepada saya untuk lakukan seperti diatas untuk menjaga keselamatan pelanggan saya. Untuk contoh diatas saya gunakan "takaful ikhlas sahaja". Ianya bergantung kepada syarikat yang anda ingin berurusan.


Sebagai contoh, anda terlibat dengan kemalangan. Didalam kemalangan tersebut dompet anda telah hilang bersama dengan kad pengenalan. Selepas itu sudah tentu anda ingin membuat tuntutan pampasan akibat kemalangan itu sedangkan kad pengenalan sudah hilang bersama dengan dompet anda. Jadi sudah tentu ianya mengambil masa sedikit untuk mendapatkan kad pengenalan yang baru daripada JPN. Sedangkan anda memerlukan bantuan keewangan dengan kadar segera. Sebab itulah kami di Takaful Ikhlas memerlukan salinan kad pengenalan anda agar proses tuntutan pampasan menjadi lebih cepat....


Diharapkan tips saya pada kali ini dapat membantu anda, walaupun ianya nampak remeh tapi ianya memberikan impak yang besar kepada kita....Sekiranya anda ada cadangan ataupun komen sila tulis diruangan komen.   


TAKAFUL IKHLAS....memberikan anda keselesaaan diwaktu anda dilanda kesusahan.....

Saturday, November 6, 2010

Apakah prosedur untuk tuntutan takaful keluarga?

Dilanda tragedi dalam kehidupan?, Adakah anda salah seorang daripada peserta kami? Jika ya, kami sentiasa di sisi anda untuk membantu. Terdapat berbagai jenis tuntutan yang kami kendalikan. Antaranya:-

• Tuntutan Kematian
• Perbelanjaan Kematian Serta-merta
• Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)
• Manfaat Hospital (HB)
• Manfaat Pengecualian Sumbangan (WC)
• Penyakit Kritikal
• Manfaat Pendapatan Keluarga

Bagaimana Untuk Menghantar Tuntutan Takaful Keluarga

1. Tuntutan mestilah dimaklumkan secara bertulis dengan serta-merta kepada Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga sebaik sahaja kejadian berlaku. Sila hubungi talian 03-78011323 /1327 untuk mendapatkan borang tuntutan.

2. Keterangan mestilah dilengkapkan oleh pihak (mereka) yang berhak menuntut, di mana manfaat akan dibayar berdasarkan keadaan berikut:-

a) Wasi
Kenyataan mestilah dilengkapkan dan dibekalkan oleh penama yang terdapat dalam borang penamaan (wasi).

b) Hibah Yang Dicadangkan
Keterangan hendaklah dilengkapkan dan dibekalkan oleh orang yang bakal menerima bayaran manfaat. Untuk kes yang melibatkan kanak-kanak, kenyataan hendaklah dilengkapkan oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.

c) Orang Yang Diamanahkan
Keterangan mestilah dilengkapkan dan dibekalkan oleh Orang (mereka) yang diamanahkan.

3. Dapatkan borang dan hantar semua dokumen-dokumen yang mustahak bagi menyokong tuntutan anda kepada Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga.

4. Semua salinan dokumen untuk menyokong tuntutan anda mestilah telah disahkan dan disokong/ditandatangani oleh Pesuruh Jaya Sumpah Berdaftar atau kakitangan Takaful IKHLAS.

5. Semua dokumen yang diperlukan mestilah dibekalkan oleh pihak yang menuntut di atas kos sendiri.